Panduan Lengkap Refinance Rumah

Refinance Rumah di Melaka — Panduan Lengkap A–Z

Fahami cara kira kelayakan, proses permohonan, syarat bank, dan anggaran cash-out. Panduan rujukan khas untuk pemilik hartanah di sekitar Melaka.

Apa itu refinance rumah?

Refinance rumah (pembiayaan semula) adalah proses mengambil pinjaman perumahan baharu untuk membayar baki pinjaman rumah yang sedia ada. Ia membolehkan pemilik hartanah mengeluarkan tunai (cash-out) daripada peningkatan nilai pasaran rumah, menyatukan hutang (debt consolidation), atau mendapatkan kadar keuntungan/faedah dan struktur ansuran bulanan yang lebih baik berdasarkan keadaan kewangan terkini.

1. Fahami Konsep Refinance Rumah

Apabila anda membuat pembiayaan semula, institusi kewangan (bank) baharu akan melangsaikan hutang anda dengan bank lama. Anda kini mempunyai satu akaun pembiayaan baharu dengan terma, kadar, dan baki tempoh yang dipersetujui semula. Pemilikan rumah masih kekal atas nama anda, tetapi ia dicagarkan kepada bank baharu.

Beza dengan Top-Up Loan

Top-up loan bermaksud anda menambah jumlah pinjaman pada akaun sedia ada di bank yang sama. Refinance pula biasanya melibatkan penutupan akaun lama dan pembukaan akaun baharu (boleh dengan bank yang sama atau bank berbeza).

Beza dengan Restructuring / Rescheduling

R&R adalah penstrukturan semula hutang sedia ada akibat masalah bayaran tanpa melibatkan penilaian semula nilai hartanah atau cash-out. Refinance adalah fasiliti pembiayaan baharu berasaskan nilaian pasaran hartanah terkini.

2. Kenapa Orang Buat Refinance?

Secara amnya, pemilik rumah di Malaysia mempertimbangkan refinance atas beberapa objektif utama:

  • Mendapatkan Tunai (Cash-out): Menggunakan ekuiti (lebihan antara nilai semasa hartanah dan baki hutang) sebagai modal perniagaan, pendidikan anak-anak, kos kecemasan perubatan, atau deposit hartanah kedua.
  • Penyatuan Hutang (Debt Consolidation): Mengumpulkan hutang kad kredit, pinjaman peribadi, atau sewa beli kereta yang mempunyai kadar faedah tinggi ke dalam satu akaun pembiayaan perumahan pada kadar efektif yang lebih rendah.
  • Ubah Pakej Pembiayaan: Bertukar dari pinjaman konvensional kepada pembiayaan Islamik, atau menukar kadar berubah (variable) kepada pakej perlindungan tertentu.
  • Ubah Suai Rumah (Renovation): Mendapatkan dana yang sah dan selamat untuk membesarkan rumah tanpa perlu mengambil personal loan.
Peringatan Penting: Refinance tidak bermakna anda mendapat "duit percuma". Cash-out adalah hutang baharu yang perlu dibayar balik berserta caj kewangan. Penyatuan hutang boleh merendahkan ansuran bulanan, tetapi kos keseluruhan mungkin lebih tinggi jika tempoh pinjaman dipanjangkan secara maksimum.

3. Cara Refinance Berfungsi & Formula Pengiraan

Konsep refinance bersandar kepada Nilai Pasaran (Market Value) hartanah anda pada masa kini, bukan harga asal anda beli. Jika nilai rumah naik dan baki hutang berkurang, ruang ekuiti anda semakin besar.

Formula Asas Refinance

(Nilai Pasaran x Margin Pinjaman) – Baki Pinjaman Lama = Anggaran Cash-Out (Kasar)

Contoh Ilustrasi Pengiraan

Katakan anda memiliki sebuah rumah teres di Ayer Keroh:

  • Anggaran Nilai Pasaran Semasa: RM 500,000
  • Baki Pembiayaan Sedia Ada: RM 300,000
  • Kelayakan Margin Pembiayaan Bank: 90%
Pembiayaan Maksimum (RM500,000 x 90%) RM 450,000
Tolak: Settle Baki Bank Lama - RM 300,000
Tolak: Anggaran Kos Refinance (Guaman, Penilaian, Duti Setem) - RM 15,000
Anggaran Tunai Bersih Diperoleh (Cash-Out) RM 135,000

Nota: Pengiraan di atas adalah contoh ilustrasi sahaja. Margin kelayakan boleh berada antara 70% hingga 90% tertakluk pada polisi institusi kewangan, tujuan cash-out, serta profil pemohon.

4. Syarat Kelayakan & Senario Refinance

Kelulusan refinance bukanlah automatik walaupun nilai rumah anda tinggi. Bank akan menilai profil kewangan anda ibarat anda memohon pinjaman baharu.

Faktor Utama Penilaian (Scoring Bank)

  • DSR (Debt Service Ratio): Nisbah komitmen hutang berbanding pendapatan bersih. Kebanyakan bank menetapkan had DSR sekitar 60%-70% bergantung pada julat gaji.
  • Rekod CCRIS & CTOS: Rekod pembayaran cantik sekurang-kurangnya 6-12 bulan terkini. Tiada tunggakan, tiada 'Special Attention Account' (SAA).
  • Had Umur: Tempoh pembiayaan maksimum sehingga umur 70 tahun atau 35 tahun tempoh (mana-mana yang terdahulu).
  • Bukti Pendapatan Stabil: Ada potongan KWSP, cukai pendapatan (LHDN), dan resit gaji yang sah.

Bagaimana Jika... (Senario Khas)

  • Rumah Sudah Habis Bayar: Sangat digalakkan jika perlukan pusingan modal perniagaan. Anda mencagarkan rumah bebas hutang tersebut kepada bank. Kadar faedahnya jauh lebih murah berbanding pinjaman peribadi.
  • Rumah Pusaka / Waris: Nama pemilik pada Geran (Title) mesti sudah ditukar dan disempurnakan (perfected) kepada nama pemohon terlebih dahulu. Kes pusaka yang belum turun milik tidak boleh direfinance.
  • Pinjaman Nama Bersama (Joint Loan): Boleh diteruskan. Jika mahu keluarkan satu nama (contohnya kes penceraian), ia akan menjadi transaksi jual beli (S&P) atau penyelesaian perintah mahkamah, bukan sekadar refinance biasa.
  • Rumah Sedang Disewakan: Pendapatan sewa boleh dikira sebagai 'income' tambahan untuk kuatkan DSR jika disokong dengan Tenancy Agreement yang dimatikan setem dan bukti kemasukan duit sewa ke dalam bank.

5. Kos Terlibat & Isu "Lock-in Period"

Sama seperti membeli rumah baharu, proses refinance mempunyai kos transaksi kerana ia melibatkan dokumentasi perundangan dan penilaian sekuriti.

Jenis Kos Keterangan Ringkas
Yuran Penilaian (Valuation Fee) Dibayar kepada penilai (Valuer) berdaftar untuk menyediakan laporan rasmi nilai pasaran semasa rumah anda.
Yuran Guaman (Legal Fee) Untuk penyediaan Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement), urusan pelepasan gadaian (Discharge of Charge), dan pendaftaran gadaian baharu di Pejabat Tanah.
Duti Setem (Stamp Duty) Cukai kepada LHDN atas dokumen pembiayaan. Dira berdasarkan peratusan daripada jumlah pinjaman baharu.
Insurans/Takaful (MRTA/MRTT/MLTA) Digalakkan (kadang-kadang diwajibkan bank) untuk melindungi pinjaman jika berlaku kematian/hilang keupayaan.

Nota: Kebanyakan institusi kewangan membenarkan kos guaman dan penilaian ini dimasukkan sekali (finance) ke dalam jumlah pembiayaan baharu (Zero Moving Cost option), bergantung pada pakej.

Semak Lock-in Period Anda

Lock-in period ialah tempoh sekatan yang ditetapkan oleh bank lama (biasanya 3 hingga 5 tahun dari tarikh pengeluaran penuh pinjaman). Jika anda refinance atau jual rumah dalam tempoh ini, bank lama akan mengenakan penalti (biasanya 2% hingga 3% daripada baki pinjaman asli). Sentiasa semak Letter of Offer asal anda.

6. Refinance VS Produk Kewangan Lain

Refinance Rumah vs Pinjaman Peribadi (Personal Loan)

Kriteria Refinance Rumah (Cash-out) Pinjaman Peribadi
Cagaran Perlukan hartanah (Secured) Tiada cagaran (Unsecured)
Kadar Faedah / Keuntungan Rendah (berdasarkan jaminan hartanah) Lebih tinggi (risiko bank lebih besar)
Tempoh Maksimum Sehingga 35 tahun Maksimum 10 tahun
Jumlah Pembiayaan Tinggi (bergantung ekuiti rumah) Terhad (bergantung gaj/pangkat)
Kelajuan Proses Lambat (3 - 5 bulan) Cepat (Beberapa hari hingga 2 minggu)

7. Proses Refinance Hartanah A hingga Z

Berikut adalah turutan proses kebiasaan bagi urusan pembiayaan semula di Malaysia. Tempoh masa biasanya mengambil antara 3 hingga 5 bulan bergantung pada status hak milik (Freehold vs Leasehold yang perlukan consent state).

Langkah 1: Semakan Asas & Objektif
Kenal pasti tujuan sebenar (cash out/settle hutang), semak baki pinjaman terkini, dan pastikan melepasi tempoh lock-in bank sedia ada.
Langkah 2: Semakan Nilai Pasaran (Market Value)
Sebagai ejen hartanah, saya boleh bantu anda dapatkan semakan nilaian kasar (verbal valuation) daripada panel penilai sebelum permohonan dibuat.
Langkah 3: Semakan Kelayakan Kewangan (DSR)
Menyusun slip gaji, penyata bank, dan laporan CCRIS untuk mengira kelayakan sebelum mengemukakan permohonan ke bank pilihan.
Langkah 4: Permohonan & Penilaian Tapak
Submit permohonan kepada beberapa bank. Penilai rasmi akan datang melawat dan mengambil gambar rumah anda untuk laporan laporan penilaian (Valuation Report).
Langkah 5: Kelulusan & Surat Tawaran (Letter of Offer)
Bank mengeluarkan kelulusan. Anda tandatangan Letter of Offer (LO) untuk menerima terma pembiayaan.
Langkah 6: Proses Guaman & Dokumentasi
Peguam akan menyediakan perjanjian pinjaman, menguruskan penebusan (redemption) hutang bank lama, dan mendaftarkan kaveat / gadaian baru di pejabat tanah.
Langkah 7: Pengeluaran Wang (Disbursement & Cash Out)
Bank baru membayar baki ke bank lama. Setelah hak milik dipindahkan gadaian, lebihan tunai (cash-out) dikreditkan terus ke akaun bank peribadi anda.

8. Checklist Dokumen Refinance

Sediakan dokumen asas ini mengikut kategori pekerjaan anda (Keperluan sebenar berbeza mengikut bank):

Makan Gaji (Swasta / Kerajaan)

  • Salinan Kad Pengenalan (IC)
  • Slip gaji 3 hingga 6 bulan terkini
  • Penyata bank gaji (3 - 6 bulan)
  • Penyata KWSP terkini (EPF)
  • Borang EA / e-Filing LHDN terkini
  • Penyata baki pinjaman rumah lama (Loan Statement)
  • Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) / Geran Rumah

Bekerja Sendiri / Bisnes

  • Salinan IC pemohon
  • Sijil SSM / Lesen perniagaan lengkap
  • Penyata Bank Syarikat (6 bulan terkini)
  • Borang e-Filing B / Resit Cukai LHDN (2 tahun)
  • Penyata baki pinjaman rumah lama
  • Salinan SPA / Geran Rumah

Perlu Bantuan Susun Dokumen?

Ramai permohonan ditolak hanya kerana dokumen tidak lengkap atau sukar dibaca bank. Bincang dengan saya untuk pre-screening dokumen percuma.

Tanya Adrin

9. Refinance Rumah di Pasaran Melaka

Sebagai perunding hartanah yang fokus di Melaka, saya dapati nilai hartanah (market value) di beberapa kawasan matang mencatatkan pertumbuhan yang sihat. Jika anda membeli hartanah melebihi 5 ke 10 tahun lepas di kawasan seperti Ayer Keroh, Melaka Tengah, Bukit Katil, atau Batu Berendam, kemungkinan besar rumah anda sudah mempunyai ekuiti yang agak selesa untuk di-refinance.

Bagi pasaran di Jasin, Alor Gajah, Durian Tunggal, Masjid Tanah, Sungai Udang dan Merlimau, pertumbuhan nilai sangat dipengaruhi oleh jenis pegangan (Freehold MCL, Leasehold Bumi, Non-Bumi) dan penambahbaikan (renovation) yang sah berserta kelulusan PBT (MBMB, MPHTJ, MPAG, MPJ).

Ingat: Nilaian penilai profesional (Valuer) di Melaka amat bergantung kepada transaksi jual beli hartanah sekeliling (transacted data) di JPPH. Jangan bergantung bulat-bulat pada harga yang diminta (asking price) di portal hartanah. Dapatkan semakan nilai pasaran melalui panel valuer yang saya uruskan.

10. Alat Kalkulator (Ilustrasi)

Gunakan dua alat di bawah untuk mendapatkan gambaran awal kedudukan kewangan anda. (Kalkulator ini menggunakan vanilla JavaScript di browser anda. Tiada data dihantar ke server.)

Kalkulator Anggaran Cash-Out Refinance

Kalkulator Ansuran Bulanan

11. Checklist: Adakah Refinance Sesuai Untuk Saya?

Tandakan kenyataan yang menepati situasi anda sekarang:

A

Kenapa Bincang Dengan Adrin Abdul Wahab?

Sebagai perunding hartanah di Melaka, Adrin membantu pemilik rumah memahami pilihan berkaitan hartanah, pengiraan semakan nilaian kasar (market value), dan susunan kelayakan sebelum mereka membuat sebarang keputusan.

Ditulis oleh: Adrin Abdul Wahab | REN 81338
Agensi: Maxxan Realty / Zprop Group
Lokasi Kepakaran: Melaka (Jasin, Alor Gajah, Melaka Tengah)
Dikemas kini: OKTOBER 2026

12. Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Refinance

Berikut adalah antara persoalan yang kerap ditanya oleh pemilik rumah di Melaka.

Boleh. Ini dipanggil pembiayaan berasaskan cagaran hartanah (cash-out). Bank sangat menyukainya kerana tahap risikonya sangat rendah dan anda boleh mendapat margin tinggi mengikut nilai pasaran.
Bergantung pada status hak milik hartanah. Untuk rumah Freehold berstatus Individual/Strata title yang lengkap, biasanya 3 ke 4 bulan. Untuk rumah Leasehold atau Master title, proses boleh mencecah 4 hingga 6 bulan kerana memerlukan kelulusan (consent) pihak berkuasa negeri.
Boleh, dengan syarat perniagaan didaftarkan (SSM), penyata bank syarikat (6 bulan) menunjukkan aliran tunai positif, dan yang paling penting, mempunyai pengisytiharan cukai (LHDN Form B/e-Filing) sekurang-kurangnya 2 tahun.
Tidak boleh secara terus. Nama waris mesti didaftarkan sepenuhnya pada geran (telah turun milik selepas Perintah Pembahagian / Surat Kuasa Mentadbir selesai). Selepas geran sah atas nama waris pemohon, barulah proses refinance boleh berjalan.
Boleh. Jika kedua-dua nama pada geran memohon bersama (joint borrower), prosesnya mudah. Jika hanya seorang ingin apply tapi nama di geran ada dua, pihak bank perlukan persetujuan dan jaminan pihak kedua (third-party charge).
Sukar. Jika CCRIS menunjukkan tunggakan berterusan (angka 2, 3, 4 bulan), kebanyakan bank konvensional akan tolak. Selesaikan tunggakan sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut untuk membersihkan rekod sebelum memohon.
Ya, jika anda melakukan 'debt consolidation' dengan menyatukan hutang tinggi ke dalam pembiayaan rumah, atau jika anda melanjutkan semula tempoh pinjaman (contoh: kembali ke 35 tahun). Namun, fahami bahawa tempoh panjang menambah kos faedah terkumpul secara keseluruhan.
Ya. Pihak bank baharu perlu mengarahkan penilai (valuer) berlesen untuk turun melawat rumah, mengambil gambar dan menyediakan Laporan Penilaian rasmi sebagai asas kelulusan jumlah pinjaman.
Boleh, tetapi semak Lock-in period bank asal anda. Jika anda refinance dalam tempoh 3-5 tahun pertama, anda mungkin dikenakan penalti bank yang tinggi. Tambahan pula, nilai rumah mungkin belum naik mendadak untuk memberikan ekuiti cash-out.
Pemohon. Walau bagaimanapun, hampir kesemua bank mempunyai pakej "Zero Moving Cost" atau membenarkan kos guaman dan kos penilaian dimasukkan terus ke dalam jumlah pinjaman (financed into loan), jadi anda tidak perlu keluar duit tunai pendahuluan yang besar.

Pautan Berkaitan Hartanah Melaka

Terokai perkhidmatan dan carian hartanah kami yang lain:

Penafian (Disclaimer): Informasi di halaman ini adalah untuk tujuan pendidikan dan rujukan umum sahaja. Saya (Adrin Abdul Wahab) adalah Perunding Hartanah Berdaftar dan bukan penasihat kewangan bertauliah atau pegawai bank. Syarat pembiayaan, margin, kadar, kos, dokumentasi dan keputusan permohonan adalah bergantung sepenuhnya kepada polisi institusi kewangan, profil pemohon, jenis hartanah dan keadaan transaksi. Contoh pengiraan adalah ilustrasi dan bukan jaminan kelulusan atau tawaran pembiayaan rasmi. Sentiasa berunding dengan peguam hartanah, jurunilai dan pegawai bank yang sah bagi fakta kes spesifik anda.

Bincang Refinance Dengan Adrin