Dah Penat Tengok Iklan Rumah untuk Dijual Kat Facebook?
"Terlalu banyak pilihan sampai pening... lepastu bila nak tengok balik rumah yang kita minat tadi, dah lupa klik kat mana. Memang stres bila iklan tu hilang dari wall."
"Puas scroll fb berjam-jam tapi masih susah buat pilihan sebab banyak info yang tak lengkap atau ejen lambat respond."
Mudah, Cepat & Tersusun. Tak perlu lagi scroll FB berjam-jam tanpa hala tuju!
Kami kumpulkan semua unit Subsale di Negeri Melaka yang berkualiti dalam satu sistem yang memudahkan anda mencari rumah impian tanpa membuang masa.
Rumah di kawasan permintaan tinggi seperti Ayer Keroh, Bukit Katil dan Klebang. Dekat dengan sekolah & pusat bandar.
Tiada risiko projek terbengkalai. Anda boleh lihat keadaan sebenar rumah, struktur, dan kejiranan sebelum membeli.
Apa yang anda lihat, itu yang anda dapat. Anda boleh periksa setiap inci dinding, syiling dan struktur rumah sebelum mengeluarkan satu sen pun.
Apabila anda klik butang di bawah, sila gunakan fungsi Filter untuk tapisan yang tepat mengikut kriteria anda: Masukkan nama taman/ keyword pilihan di kotak SEARCH disusuli dengan filter ini:
Unit Pilihan Di Kawasan Strategik Kini Dibuka Untuk Jualan & Viewing. Siapa Cepat, Dia Dapat! Klik butang di bawah untuk akses Lisiting lengkap gambar, dan harga terkini.
LIHAT LISTING SEKARANG*SENARAI RUMAH DIKEMASKINI SETIAP 24 JAM. Digalakkan copy & simpan link ini untuk rujukan masa hadapan www.rumahmelaka.com/subsale
Info penting untuk bakal pembeli hartanah subsale di Melaka.
Rumah subsale Melaka adalah rumah pasaran sekunder yang dibeli daripada pemilik sedia ada, bukan pemaju. Kelebihannya? Anda dapat lihat terus keadaan fizikal rumah di kawasan matang seperti Bukit Katil atau Ayer Keroh, dan kawasan persekitaran sudah pun mempunyai fasiliti lengkap, tanpa perlu menunggu 3-4 tahun untuk siap.
Ini sangat penting! MCL (Malay Customary Land) adalah status tanah yang hanya boleh dimiliki dan dipindahkan milik kepada orang Melayu sahaja. Jika anda melihat listing rumah subsale di kawasan seperti Semabok atau Krubong, pastikan anda semak status geran ini terlebih dahulu.
Secara amnya, bagi hartanah Freehold (Pegangan Bebas), proses boleh selesai dalam 3 hingga 6 bulan. Namun, bagi rumah di Melaka yang memerlukan Konsen (Consent) daripada Pihak Berkuasa Negeri (terutamanya bagi Leasehold), ia mungkin mengambil masa 6 hingga 9 bulan.
Boleh, tetapi wajib mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan seperti MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah), MPHT (Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya), atau MPAG. Pastikan ejen anda menyemak jika pemilik asal ada melakukan renovasi tanpa pelan bagi mengelakkan masalah komposit di kemudian hari.
Ya. Kebanyakan rumah subsale dijual mengikut keadaan sedia ada semasa anda menandatangani perjanjian. Itulah sebabnya saya sangat sarankan anda melakukan pemeriksaan rapi (house viewing) di lokasi rumah tersebut sebelum membuat keputusan.
Sebagai pembeli, anda hanya perlu sediakan beberapa info untuk urusan semakan kelayakkan awal. Dokumen lain untuk urusan seperti SPA (Sales and Purchase Agreement) akan diuruskan oleh peguam hartanah yang dilantik untuk memastikan pindah milik di Pejabat Tanah Melaka berjalan lancar.
Sangat mudah. Anda hanya perlu klik butang "LIHAT LISTING SEKARANG" di bahagian atas, gunakan filter mengikut bajet dan kawasan, dan terus hubungi perunding ejen hartanah melaka kami untuk temujanji.
Jangan hanya tengok cat! Periksa tanda-tanda kebocoran bumbung, kesan anai-anai, dan sistem pendawaian. Di Melaka, kawasan yang agak rendah mungkin berisiko banjir kilat, jadi tanya juga tentang sistem perparitan kawasan perumahan tersebut.
Sangat digalakkan. Mempunyai peguam sendiri (bukan peguam yang sama dengan penjual) dapat memastikan kepentingan anda sebagai pembeli di Melaka dilindungi sepenuhnya, terutama dalam urusan menyemak kaveat atau tunggakan cukai tanah/pintu. Tanya ejen hartanah anda jika mereka tahu peguam yang sesuai.
Melaka adalah negeri pelancongan yang stabil dengan nilai hartanah yang meningkat secara organik. Sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan homestay di kawasan tumpuan seperti Bandar Hilir, rumah subsale menawarkan lokasi yang lebih strategik yang selalunya sudah habis dijual oleh pemaju.
Ya, servis kami adalah 'A to Z'. Perunding Ejen hartanah Kami akan bantu buat semakan kelayakan loan anda dengan pelbagai bank secara percuma sebelum kita pergi melawat unit (viewing) untuk elakkan masa anda terbuang.
Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah [REN 81338]
RumahMelaka.com adalah platform hartanah yang diuruskan oleh perunding hartanah Adrin Abdul Wahab di bawah seliaan Maxxan Realty Sdn Bhd E(1)1766/6. Semua urusan jual beli dan sewaan hartanah di Melaka dikendalikan secara profesional dan berintegriti.
Website ini menggunakan cookies serta teknologi pemasaran seperti Google Ads, Facebook Ads dan TikTok Ads Remarketing bagi tujuan analisis trafik, penambahbaikan pengalaman pengguna dan paparan iklan yang lebih relevan. Data tidak digunakan untuk mengenal pasti identiti peribadi pengguna dan tidak dijual atau dikongsi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali bagi tujuan pemprosesan iklan melalui platform pengiklanan yang dibenarkan. Dengan meneruskan penggunaan laman web ini, anda bersetuju dengan dasar privasi yang dinyatakan.
Menyediakan Solusi Hartanah A to Z di Melaka
Zero Hassle. Start to Settle.